Friday, October 28, 2011

Iman dah jalan...weee....

Conteng2 oleh Shariman... at 11:12 AM 0 kata kata hikmat

alhamdulillah..anak ibu dah boleh jalan..tu video masa 7hb October..:)..Masa cuti deepavali baru ni g berjalan ke Mines, habis satu Mines ditawaf dek budak Nyiman neh..suruh duduk dalam stroller pun xnak, dukung pun xnak..hah...merasa la aok..hehehe..tapi seronok tgk gelagat dia...dah berjalan sibuk negur orang sana sini..heheheh..aritu masa makyong upload video iman lamaaaa...tu pun dah lama iman berdiri..suka sangat makyong..hehehe..boleh tengok video tu kat sini...


Saturday, October 15, 2011

KEMULIAAN IBU MENGANDUNG DALAM ISLAM

Conteng2 oleh Shariman... at 3:30 PM 0 kata kata hikmat
Seronoknye menjadi seorang ibu..betul.x tipu punyeee...walaupun penat dimasa mengandung..menghadapi alah..x lalu makan..menghadapi saat2 kegetiran untuk mengeluarkan seorang nyawa..tetapi seorang wanita yang sangat hebat sangat gembira dan menerima dengan terbuka saat2 itu dengan penuh kemanisan.. walaupun ada org yang merancang untuk mempunyai anak..tetapi ANAK adalah NIKMAT ALLAH TAALA yang teragung diberikan kepada seorang ibu bapa...Alhamdulillah..ibu adalah orang terpilih menjadi seorang ibu..ibu kepada anak suamiku yang terbaik..:)..ttiba surfing facebook, terbuka hati nak share..


KEMULIAAN IBU MENGANDUNG DALAM ISLAM

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. ...

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat



Semoga titipan ini menjadi pendorong kepada Ibu2 yang nak dapat anak lagi..hehehe..(Ibu kah???) Insya Allah..:))


Ibu dan Iman (Iman 5 Bln)



Saturday, October 1, 2011

Menggembirakan hati Ibu dan Bapa

Conteng2 oleh Shariman... at 1:45 PM 0 kata kata hikmat
Hari ni hari sabtu bekerja bagi ibu..duduk sorang2 kat training centre yang sunyi ni...(semua buat hal masing).ttiba teringatkan Iman dan walid..kejap2 telepon..

"Iman dah bangun??"

"Iman dah mandi??"

teringat keletah si bulat ibu dan walid ni..


....

gembiranya hati ni semenjak dikurniakan Ilahi yang x ternilai harganya..walaupun diberikan segunung emas, xkan sama dengan anak teruna ku sorang ni..begitulah kasih Ibu terhadap anaknya..

Semalam..Cik Bayam mengingatkan kembali kepada Ibu kisah pelajar IPTA yang disyaki mengedar dadah dan dijatuhkan hukuman sampai mati..keluar berita tv3 / tv9 (x ingat) selepas dibawa keluar dari mahkamah..ayahnya teresak2 menangis..sayunya hati tengok ayah mamat tu menangis kat bahu anak dia tu..
Macamana tergamaknya hati seorang anak membiarkan melihat ayahnya menangis atas perbuatannya..
Haih..sedangkan pengorbanan mak dan ayah yang membesarkan kita sampai akhirat pun belum tentu terbalas (memang x terbalas)..ni pulak dah buat ayah menangis....

gambar ehsan google

Semoga kita diberi ruang untuk terus berbakti kepada ibu dan ayah kita sementara mereka masih ada...


-DOA UNTUK IBU BAPA-
 Ya Allah

Rendahkanlah suaraku bagi mereka 
Perindahlah ucapanku di depan mereka 
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan Lembutkan hatiku untuk mereka  
Ya Allah,
 Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.  Ya Allah, 
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.  
Ya Allah, 
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku. Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .  

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.  Amin Ya Rabbul Alamin..   

Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. .. Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini. Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...


Kekasihku..Mak dan Ayah..Nadi dan Inspirasi kehidupan kami

Abah dan Ma, nadi dan inspirasi hidup kami
Semoga hidupmu sentiasa dibawah rahmat payung Ilahi dunia dan akhirat..

 

Luv of Us Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting