Thursday, January 17, 2013

Menjadi Ibubapa

Conteng2 oleh Shariman... at 11:36 AM 0 kata kata hikmat
terbaca di FB tentang;


20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!

terasa sebak..betul..

Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku. 

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.

2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!! 
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!

Lately keje kat opis skang ni x banyak sangat, so Ibu banyak membaca blog2, forum, tengok u tube..dalam teknologi skang ni mmg Ibu ngaku, malas betul nak BELI suratkhabar..it's better baca online aje..save paper..dan mcm2 paper boleh baca.. lagipun kalau beli paper bukan la banyak sangat membaca nye..lagipun xkan la baca paper time keje..kalau online newspaper nampak sikit mcm rajin kan..hahaha..

btw, masa blogwalking blog Dr Halina wife Sheikh Muszaphar, ibu terjumpa resepi yang baru jugak untuk Iman.. even Dr Halina pun memasak sendiri untuk anak dia.. dan Ibu sendiri pun mcm tu..alhamdulillah masih diberi kudrat oleh Allah untuk memasak setiap hari buat bekalan Iman. Since Iman dihantar ke rumah mama (pengasuh Iman), memang hari2 Ibu bekalkan Iman..even 1 lauk aje dengan nasi, Iman akan makan..makanan Iman senang aje, sup ayam/daging, sup sayur bayam, kangkung, brocolli, bunga kobis dan paling dia suka, carrot..Iman pun x banyak kerenah bab makan, dia makan even telur goreng+kicap..hehe..

Biasanya pagi2, Ibu akan bekalkan dalam thermos supaya masih panas untuk tengahari..


ha sebijik mcm bekas kat atas tu...beli RM160.00, tapi alah membeli, menang memakai..lebih kurang macam mangkuk tingkat yang berupaya mengekalkan kepanasan dan juga moden..

hurmm..kadang2, ada jugak masa x sempat nak masak tapi x selalu..and I will feel bad sebab terpaksa bungkuskan dia nasi, dan mesti nasi tu sejuk untuk lunch..

tu la bezanya bila dah ada anak..kalau x dulu, tau bangun pagi bingkas, terus pegi mandi siap2..bangggg g keje..walopun sikit penat, tapi hari2 yang dilalui dengan budak nama Iman tu x jemu..sekejap je masa berlalu..sedar x sedar, Iman dah mengenjak usia 2 tahun 5 bulan.. adik untuk Iman? tunggggguuuuuuuuu.....:D

Monday, January 14, 2013

Telepon Free, sapa nak ambik, xnak sudah...

Conteng2 oleh Shariman... at 5:14 PM 0 kata kata hikmat
hahaha gile kejam title di atas..bukan apa, tadi Ibu dah selesai pun mengambil telefon free daripada carrier telekomunikasi YES yang mana dibawah pakej rebet telefon RM200 daripada kerajaan untuk belia..

senang je..memula kena tengok syarat2 kat bawah ni


  • Warganegara Malaysia yang berumur di antara 21-30 tahun pada tarikh memohon; 
    ii. Pendapatan bulanan adalah RM3,000 dan ke bawah; 
    iii. Model telefon pintar 3G yang ditawarkan; 
    iv. Untuk langganan baru dan sedia ada pakej jalurlebar; dan 
    v. Satu telefon hanya untuk satu belia;

kalau rasa layak, pergi daftar kat SINI..lepas dah siap daftar, dia akan direct bagi status sama ada permohonan kita berjaya ke tak..

selepas dah berjaya, kita pun survey2 la tepon..yang mana kesemua carrier telekomunikasi kat Malaysia ni mengambil bahagian...

contohnya macam Maxis, harga selepas ditolak jadi mcm kat bawah ni..




Manakala Celcom plak offer Galaxy Y semata..


Digi yang hebat dengan marketing orang kuning tu pun ada jugak..pun sama bagi Galaxy Y jugak...(dah malas nak tepek gambar sebab sama je..haha)

X lupa jugak U mobile yang agak menarik dari segi promosinya.. yang menariknya U mobile menyediakan pelan data serendah RM28 untuk unlimited usage..GILE!!! tapii...




ada yang lebih menarik dimana anda boleh dapat percuma je tepon..dengan pakej YES...sebab apa? sebab....


Ibu dah ada blackberry, walid pun plan nak beli server dell bawak merata2, so xpayah la nak beli phone, (padahal takde duit..muahahah)... Just amik je dah orang kasi FREE ini..

yang paling best, tepon ni ble sambung ke laptop, untuk dijadikan modem..so walopun phone ni adalah telefon asas (basic phone-baru ada orang paham kalau sebut basic phone)...

Nak dijadikan cerita, Ibu pun bertuah la sebab pergi jalan kaki x sampai jarak 1km nak ke Gardens Mall, gigih ni nak mendapatkan mende free la katakan..end up, budak kat kiosk YES tu kata, last unit kak, rezeki akak...lepas ni x restock dah..huhuhuhu..So ni la rezeki Iman..


Boleh la malam2 Iman nengok Upin Ipin..yeay!!


Saturday, January 5, 2013

Tahun Baru 2013

Conteng2 oleh Shariman... at 1:29 PM 0 kata kata hikmat
Malam tahun baru tu kami sekeluarga just duduk rumah je..x kemana2 pun..tengok bunga api pun kot balcony umah je..tu pun sipi2 je nampak..Iman x nengok sangat pun sebab takut bunyi kebabooommmm...
(Iman memang paranoid dengan bunyi yang kuat2, mcm blender, vacuum, petir, guruh)..

Tapi siangnya 1 January tu Ibu dan Walid decide nak bawak Iman naik train..takde specific tempat nak pegi..so just pikir, pergi KLCC je lah.. (Iman sebut "tapi" = keretapi).. Excited sesangat budak kecik nih..mau nya x.. Ni 2nd time Iman naik tren, 1st time masa pegi Singapore dulu..tapi masa tu dia x tau pun menatang tu namanya ketapi..

Dalam jam 12 dah kuar umah, memula pegi makan kat area2 UPM dulu..lepas tapau makanan dalam perut, kitorang park kereta kat LRT Sungai Besi dengan kadar RM3 per entry. Malas nak naik komuter, sebab jangkamasa nak menunggu tu alahai.....

Langsung.. naik LRT menuju ke Masjid Jamek, dan kendian kena tukor plak ke aliran Kelana Jaya..turun di KLCC.. Ibu dan Walid sendiri pun dah hampir 5 tahun kot x jejak kaki ke KLCC..kitorang berdua memang x gemor pergi tempat2 crowded..nak2 kalau berjalan semata..memang tak kan pergi..unless kalau nak cari barang..



kami kalo nak berjalan mesti kena bawak stroller..untuk keselesaan Iman time dia penat..tapi kekadang dia nak berdukung..so boleh la letak2 barang2 dia (beg susu) kat stroller tu..


seharian tu Iman x tido sampai la ke jam 5.30 camtu kitorang dah gerak balik naik tren.. tetiba terasa lapo...
Lepas Walid usai (ayat x boleh blah mcm dalam novel siottt) solat Asar, Ibu ajak Walid makan Mi Tarik Warisan Asli kat Pekan Sg Besi Lama..memang selama duk KL x pernah jejak kaki ke sana...colleague seme cakap sedap, so kena la jugak try...

Sampai sana betri fon habeh..so takde la gambar makan Mi Tarik..Kamera pun x bawak sebab achu nana pinjam pergi Bandung..maybe next time la kot..tapi alhamdulillah, memang sedap betul mi tu..maknanya kena pegi lagi la..hihi..



 

Luv of Us Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting