Thursday, November 8, 2012

Impian dan Kejayaan

Conteng2 oleh Shariman... at 1:14 PM 0 kata kata hikmat
Tadi dalam kereta selepas hantar Iman ke rumah babysitter, dengar radio Era pasang berita pasal Pasukan Malaysia kalah dengan Pasukan Thailand (bolasepak) dan ranking dunia dah jatuh dari no 162 ke 163..

Ye, orang kata bila menang, puji..
Bila kalah, keji.. (habis..xkan kalah nak puji)..

Adat pertandingan kalah dan menang..
Tapi kalau asyik kalahhhh je..itu bukan adat pertandingan..
Itu memang adat pasukan itu sendiri yang selalu kalah.. hahahah...

Well..sebenarnya bukanlah nak cerita tu sangat..nak keluarkan apa yang terbuku di hati..

Dunia memandang manusia ini berjaya jika dia hebat dalam akademik..
Bila seorang Ibu Bapa berjaya mendidik anak2nya mereka menjadi seorang doktor, lawyer...
mempunyai Ijazah..(nak2 yang berijazah ke luar negara..nak2 lagi ijazah negara2 bersalji...hebat katanya..)
Propaganda barat menjadikan mentaliti kita membuat jurang pendidikan..

"Berijazah itu pandai dan hebat"

sebab tu Rasulullah SAW tak ciptakan Ijazah, Master dan PhD.. Baginda mencipta..

"Tuntutlah ilmu hingga ke negeri Cina"

walaupun tanpa Ijazah..tetapi semangat belajar dan memerlukan ilmu itu kuat..pasti seorang manusia juga menjadi seorang yang hebat...Akademik bukan segalanya..Akademik bukan kayu pengukur untuk seseorang itu dikatakan hebat..

Ye..Ibu nak anak2 ibu jadi seorang yang berjaya dalam akademik, sebab akan dipandang masyarakat..tetapi ibu juga akan berbangga sekiranya anak2 Ibu menjadi seorang pemain bola yang berpendapatan 300 ribu sebulan, seorang pemain tennis yang beraksi boleh ditonton di ESPN secara LIVE..dan lebih membahagiakan menjadi Hafiz dan Hafizah yang mampu memberi ilmu kepada masyarakat dan Ibu Bapanya sendiri..beserta dengan yang lebih penting nilai dan moral yang tinggi.. Insya Allah...Itulah Anak2 Ibu...



 

Luv of Us Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting