Showing posts with label iman. Show all posts
Showing posts with label iman. Show all posts

Thursday, January 17, 2013

Menjadi Ibubapa

Conteng2 oleh Shariman... at 11:36 AM 0 kata kata hikmat
terbaca di FB tentang;


20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!

terasa sebak..betul..

Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku. 

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.

2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!! 
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!

Lately keje kat opis skang ni x banyak sangat, so Ibu banyak membaca blog2, forum, tengok u tube..dalam teknologi skang ni mmg Ibu ngaku, malas betul nak BELI suratkhabar..it's better baca online aje..save paper..dan mcm2 paper boleh baca.. lagipun kalau beli paper bukan la banyak sangat membaca nye..lagipun xkan la baca paper time keje..kalau online newspaper nampak sikit mcm rajin kan..hahaha..

btw, masa blogwalking blog Dr Halina wife Sheikh Muszaphar, ibu terjumpa resepi yang baru jugak untuk Iman.. even Dr Halina pun memasak sendiri untuk anak dia.. dan Ibu sendiri pun mcm tu..alhamdulillah masih diberi kudrat oleh Allah untuk memasak setiap hari buat bekalan Iman. Since Iman dihantar ke rumah mama (pengasuh Iman), memang hari2 Ibu bekalkan Iman..even 1 lauk aje dengan nasi, Iman akan makan..makanan Iman senang aje, sup ayam/daging, sup sayur bayam, kangkung, brocolli, bunga kobis dan paling dia suka, carrot..Iman pun x banyak kerenah bab makan, dia makan even telur goreng+kicap..hehe..

Biasanya pagi2, Ibu akan bekalkan dalam thermos supaya masih panas untuk tengahari..


ha sebijik mcm bekas kat atas tu...beli RM160.00, tapi alah membeli, menang memakai..lebih kurang macam mangkuk tingkat yang berupaya mengekalkan kepanasan dan juga moden..

hurmm..kadang2, ada jugak masa x sempat nak masak tapi x selalu..and I will feel bad sebab terpaksa bungkuskan dia nasi, dan mesti nasi tu sejuk untuk lunch..

tu la bezanya bila dah ada anak..kalau x dulu, tau bangun pagi bingkas, terus pegi mandi siap2..bangggg g keje..walopun sikit penat, tapi hari2 yang dilalui dengan budak nama Iman tu x jemu..sekejap je masa berlalu..sedar x sedar, Iman dah mengenjak usia 2 tahun 5 bulan.. adik untuk Iman? tunggggguuuuuuuuu.....:D

Thursday, December 13, 2012

Cars dan Iman

Conteng2 oleh Shariman... at 3:27 PM 0 kata kata hikmat
sejak Iman dah mengenjak umur 2 tahun ni dah nampak interest dia kemana..mostly memang sangat sukakan Cars atau kereta..selain dari robot, motor, cars jugak yg dia paling suke..

Kelmarin, Umie belikan Iman track Cars ni..sempena Umie dapat 13th months..Alhamdulillah dan semoga rezeki Umie sekeluarga bertambah lagi.. Benda ni beli kat Carrefour Mid Valley RM65.00

sebenarnya Ibu yang beria nak beli..pastu suruh Umie belikan untuk Bangah dan Abang De Ammar.. umie beli peten lain yang lagi beso..so yang ni belikan untuk Iman..suka sangat la si kenot Ibu tuh..

yang ni yang dah siap pasang...

Nak tengok camana benda ni berfungsi? meh tengok video ni..yang video sendirik belum dapat nak snap lagi..

Iman cakap..."whoaaaaa"................




Tuesday, July 24, 2012

Crocs for Walid n Iman..

Conteng2 oleh Shariman... at 1:55 PM 0 kata kata hikmat
Selepas mendapatkan kasut Crocs Ibu..(rasanya dah pakai hampir setahun)..Ibu betul2 selesa dengan kasut ni, rasanya tak mau pakai kasut lain..best betul..boleh basuh hari2, dan kalau kena ujan pun x risau kembang ke rosak ke..Kalau beli lepas ni pun rasanya mcm nak beli jenis yang ni jugak...

Ibu pakai kasut jenis ni..

CARLIE MARY JANE WOMEN

Kasut ni harga RM169.00 tapi beli masa tu ada 10% diskaun J card member so dapat
harga dalam RM150
So bebaru ni birthday Walid, Ibu pun xde kasi hadiah apa, niatnya nak kasi kasut Crocs, tapi risau kalau x matching ngan kaki Walid..Last 2 weeks, ttiba je Walid cakap, rasa nak beli kasut sbb kasut Walid dah bocor tapaknye..Laju je Ibu suggestkan Crocs..Walid pun OK je lah..so kitorang pegi repeat ke kedai yang sama Ibu beli Mary Jane Ibu aritu, kat Jusco Cheras Selatan..

Pilih punya pilih punya pilih...Walid berkenan yang ni..

ISLANDER SPORT (ESPRESSO/ESPRESSO)



Yang ni new design dr Crocs..santekkk...harganya RM249.00..disebabkan skang ni ada Mega Sales, so untuk product berharga Rm200 keatas dapat 10% diskaun, Rm300 dapat 15% diskaun, RM400 dapat 20% diskaun..valid kat semua retails outlet Crocs seluruh Malaysia..cewahhh..iklan x berbayar ni..

Rezeki hari itu..di Outlet Cheras Selatan, pembelian RM200 keatas, boleh tambah RM10 untuk mendapatkan 1 lagi sandal Crocs..(tempat lain memang takde, even Mid Valley pun takde)..betul Rm10, bukan RM100...

Mmula Ibu try2 test mana yang ok, sesuai untuk Ibu..(limited sandals offered)..so takde yang sesuai..Ttiba je ter try kasut untuk Iman..sebab dia pun sibuk nak test kasut...

Yeayyyy...Iman dapat kasut ni...

CROCBAND KIDS (NAVY)


It is worth RM129.00, tapi Iman dapat kasut ni dengan RM10..so kasut raya Iman dah ade..ngeee....






Release Appointment dan Kisah Serai

Conteng2 oleh Shariman... at 1:24 PM 0 kata kata hikmat
Semalam appointment Iman dengan paediatrik kat Hospital Serdang.
Awal - awal lagi dah keluar, sebab appointment pukul 8.20am..

Tapi..no yang dapat 1306, sedangkan nombor semasa adalah 1100++...pengsan menunggu..

Iman x mandi, masih tido..sempat jugak Ibu siapkan nasi dan sup, keropok goreng, sebab dh tau, anak Ibu ni mesti lapo, cepat boring kalo menunggu lama..

Sampai kat spital jam 8.25, dan selesai pembayaran jam 10 lebih..kena daftar dalam klinik pakar pulak..dalam masa menunggu, sempat Iman makan nasi dengan sup, ayam goreng..kopok..dan kami sempat mandikan Iman..hahahah...

Perkembangan Iman di usia 1 tahun 11 bulan, anak Ibu ni dah mengenjak ke berat 11kg..sangat cantik no tu..alhamdulillah...masa jumpa doktor pun, elok je salam, babai, dan muah (flying kiss)..

Doktor kata perkembangan berat dia laju..(makan la nak, selagi boleh makan)..doktor nak bagi lagi appointment 6 bulan lagi, tapi ibu dengan walid dah xnak dah..doktor kata Iman sihat, perkembangan ok..so..Ibu rasa no point nak datang lagi..kan...Alhamdulillah, Iman dah release dan sihat...

Petang semalam jugak, Ibu dan walid berbuka kat luar, kat Chop n Steak Seri Kembangan..hajat hati nak masak, tapi macam x sempat sebab barang2 dapur belum beli..lepas reserve tempat, kitorang pegi beli groceries kat pasar malam dkt belakang chop n steak tu..

Kebiasaan, lepas balik..Iman mesti nak bawak barang, nak tolong Ibu ngan Walid angkat barang..sebab barang2 wajib ngangkut, beg Iman, beg laptop dan semalam banyak groceries..Walid bagi la seplastik yang dalamnya ada serai..

Tgh jalan nak menuju ke rumah, plastik Iman terburai ikatan..dia berhenti dan cakap.."kat ni..kat ni..."sambil duduk terbongkok2 nak ngikat plastik tu balik...syahdu sungguh perbuatan tu...sampaikan Ibu dan Walid berchatting arini pun mengajuk balik perkataan tu..syukur Alhamdulillah..(x reti nak cite perasaan itu)

dah sampai rumah pun, kebiasaannya sampai rumah, Iman ketuk2 pintu rumah, sambil cakap "kummm"...(assalamualaikum)...dan tanggalkan sliper lantas menyusunnya di tempat selipar..alahai...cerdik sungguh kamu wahai anak...semoga dirimu sentiasa dilindungi oleh Allah..Alhamdulillah...



Thursday, June 28, 2012

Hasil Photoshoot..

Conteng2 oleh Shariman... at 4:22 PM 0 kata kata hikmat
On the way nak balik umah dari tempat keje, for sure lalu South City Plaza, so sempat la g ngambek gambar Iman yang dah siap tuh..:)...

Weee haaaa...Walopun 3 keping 4r beserta CD, ibu ngan walid sangat puas hati dengan kualiti dan touch up dari designer..nampak sangat cantik dan encem anak ibu..:)..

Actually kalo boleh nak semua gambar yang photographer tu snap, tapi apakan daya, orang kedai tu kata, 1 gambar rm10..so kami boleh pilih 3 aje..sayang betul..xpe lah..maknanya kena tunggu uncle Jasri buat photoshoot untuk Iman, mesti unlimited gambarnye..kan kan kan....

So, ni hasilnye..

Pilihan Walid

Pilihan Ibu

Gambar ni mmg jadi pilihan ibu dan walid...
Alhamdulillah..seronok tengok gambar Iman..di usia Setahun 10 Bulan, Iman dikurniakan kesihatan yang baik, x banyak kerenah, dengan cakap, boleh diharap kalau mintak tolong dan x degil..

kami x pernah buat photoshoot untuk Iman, at least ada kenangan Iman dah besar nanti..Insya Allah..:)..




Wednesday, June 27, 2012

Iman's Photoshoot

Conteng2 oleh Shariman... at 6:23 PM 0 kata kata hikmat
Lepas je berbuka pose kat Gate of Yemen tu, kitorang cepat nak cari surau untuk solat Maghrib, tapi kebanyakan area situ semuanya dimonopoli kaum Cina, jadi macam susah sket nak cari surau..tambah2 plak, kat situ memang jem memanjang...so Walid decide nak pegi South City Plaza..

Hopefully ada..

dan alhamdulillah, memang ada..even kat parking base..sigh...

dah siap Maghrib, jalan2 la dalam South city yang x best langsung tuh..pukul 8.30malam, 80% kedai kat situ semuanya dah tutup..so kitorang decide nak balik..

Otw nak ke parking, nampak sebuah kedai gambar..promo RM39 utk 3 keping 4r photoshoot baby..

wallah..mcm best..dan memang best...hehehee..

Ibu dengan Walid pun pilih2 baju untuk Iman..kitorang pilihkan tuxedo utk si kenek ni..sepanjang photoshoot Iman memang baikkk sangat, pandai...untuk senyum, untuk senget, suruh pegang baju, dia pegang baju, surug duduk dia duduk...geram sangat tengok dia pakai tuxedo tu..bergaya betull...hehehe..(semua mak ayah akan puji anak dia sendiri..)...

Iman tengah disiapkan pakai suit..:D..siap pakai gel lagi kat rambut

See, ni salah satu shot yang ibu snap guna bb ibu je..cameraman  x bagi snap
sbb takut kacau lighting dia..lepas habis shoot baru ble snap...tapi iman dah malas nak pose..
ni je sempat snap..siap masuk tangan dalam poket..kau hadooo??

Arini dah boleh amik gambar, x sabar nak tgk hasilnye..heheheh..:)...


Tuesday, January 3, 2012

17 months Niman

Conteng2 oleh Shariman... at 3:58 PM 0 kata kata hikmat
Tok panggil Niman (singkatan Nik Iman)

Nenek panggil PokNik..

Yang pastinye semuanya tu budak Nomey Niman ni ha..

Dah lama x hapdet pasey Niman ni..dah nak masuk setahun 5 bulan dah anok kome nih..Alhamdulillah..


Anak Ibu dengan Walid ni dah paham bahasa..reti bahasa kata oang pahang..walaupun cakap x berbutir, dah bercakap totet totet dengan Ibu & Walid..tu belum kena buli dengan eteh dia, lagi dia totet totet..

Gigi dah ada 8 batang..4 atas, 4 bawah..makan pun banyak..sehari sepot..heh..makan la banyok2 lagi..bio gemuk sket..hehehe..

Ibu baru baca newsletter BabyCenter anta kat emel..untuk 16 months..


memang betul pun kalo ikut perkembangan dia..memang dah pandai sangat budok ni..suka sangat dengan cat..(Iman panggil Tet..)..dan dia mesti panggil cat tu mcm ibu panggil kucing..

"Cingggg"... tu belum pegang nye lagi si tet tu..mesti dia tarik ekor..bulu seme jangan kabo la gone..

Niman juge dah suka sangat meniru apa org buat..hehehe, dah tu Ibu dengan Walid jangan la buat mende2 x berpekdoh seperti tutup kipas meja guna kaki..Togok air botol dari peti ais x guna cawan..memang habeh laaa ditirunye dek budok ni..

Tapi ada jugek kebaikannye..Iman salam org mesti cium tangan, dah pandai kiss pp org siap bunyi...nak balik dari umah mama, mesti salam mama, salam kakak dengan abang, kiss baby..

Dan paling sejuk hati, setiap kali dia jumpa kupiah, songkok walid dia dan dia punye sendiri, dia pakai, dan dia sujud......sweettt...kalau Ibu dengan Walid solat pun, dia sibuk nak solat jugak..kena ada sejadah bentangkan untuk dia..:D...(takde gambo dia solat, sebab x dan nak amik time dia buat tu)..semoga berterusan ye sayang...Aminnnn

acting mcm orang tua, eksen nak pakai selipe beso..heh


Saturday, November 12, 2011

NICU

Conteng2 oleh Shariman... at 3:30 PM 0 kata kata hikmat
Harini Sabtu bekerja..

Sebenarnya minggu lepas, since minggu raya haji, cuti panjang, so diinjakkan ke minggu neh..arini takde la rasa malas sangat, sebab semalam tersangat busy, keje pun x sempat siap untuk prepare training material Isnin ni..so arini tersangat produktif dengan sangat ikhlas.(serius ni ikhlas)..

Arini selesai jugak..sebab Isnin ni, Ibu dengan Walid cuti..yeahu....tapi..takde la cuti kemana pun..nak g appointment pediatric Iman kat Hospital Serdang..

Kalau cakap pasal Hospital Serdang, teringat balik kenangan melahirkan Iman kat sini..campur tolak lepas deliver, Iman masuk NICU, dalam sebulan kat sini..Lepas bersalin, Ibu x dapat nak terus tidurkan dan susukan Iman..sorang2 di wad (dengan Ibu2 yang lain)..Iman kena tahan di NICU sebab infection pada paru2..hanya Allah yang tahu macamana perasaan Ibu masa tu..sedih..sebab x dapat pegang Iman kat wad...

Actually Walid kata keadaan Iman teruk jugak..cuma Walid xnak Ibu sedih..dia kata Iman ok..doktor cuma nak cek dan monitor je..(dah balik rumah baru dia bagitau)

9 hari Iman di NICU..hari pertama, memang sangat x sanggup Ibu nak sentuh Iman, sebab wayar penuh satu badan..Ya Allah..sayunya hati seorang Ibu melihat anaknya diperlakukan begitu..huhuhuh...x sanggup nak bercakap, x sanggup nak berkata2 dengan Iman..sebab bila nak bercakap je, Ibu yang laju ngalir airmata dulu..tapi Alhamdulillah..orang2 disekeliling Ibu banyak membantu dari segi emosi dan sokongan mental.. Bukan sahaja keluarga, BFF2, rakan2 dan juga kawan2 opis yang setiap hari SMS, call bertanyakan khabar anak Ibu yang sorang neh..selain bercakap bagi sokongan pada Iman, Ibu dan Walid x henti2 baca ayat2 lazim untuk Iman dengar..Ibu dan Walid pegang tangan Iman, sambil kami berzikir sama2 (sepertimana Walid lakukan masa temankan Ibu dalam labour room)..sekejap2 air mata mengalir..haih..hati timun betul..

Hari ke 4..x sanggup nak amik gambar 1 badan yang penuh wayar

Hari Ke 5 di NICU..lebih kurang 3 wayar dah cabut dan juga
bantuan oksigen x besar sangat

Hari Ke 6, tanpa oksigen..:)

Hari ke 7, dah tinggal 1 wayar untuk antibiotik saje dah..
dipindahkan ke bilik isolation

Hari ke 8, dah keluar dari bilik isolation..semakin sihat, semakin tembam
dan semakin comel..:)

Hari ke 9, Iman dah boleh balik lepas maghrib..sampai rumah tokku merasmikan
belah mulut dengan air zamzam, kurma, garam, dan asam..:)

Alhamdulillah..Iman dah boleh balik lepas hari ke 9..syukur kepada Allah..tengok je lah skang macamana budak pebok ni..


sangat aktif, sangat cerdik, sangat bijak..di kala ni Iman dah 1 tahun 3 bulan...dah pandai...
  • berjalan, 
  • mintak apa yang dia nak makan, 
  • sebut NAK, DIDAK (cicak), DADAK (kakak), MAKK... TET (cat), DOG..
  • tarik tangan ibu tunjuk pintu (nak g jalan) siap amik sliper dia..
  • bukak pintu kereta (sangat bahaya kalau x kunci)
  • main pusing2 badan dia sampai pening
  • urut kepala sendiri
  • tau bezakan sikit2 untuk patut geleng dan angguk
  • tunjuk anggota badan seperti gigi, mata (dia buat mata pejam2)...kaki..:)
  • salam cium tangan
  • flying kiss, cium pp orang bila disuruh..
  • kenakan orang, suap makanan kat orang bila mintak makanan dia..
  • mintak adik...(belum lagi) 
syukur alhamdulillah..seronok tengok perkembangan Iman depan mata..:)..semoga membesar dengan sihat, ceria dan cemerlang ye sayang...:D



Friday, October 28, 2011

Iman dah jalan...weee....

Conteng2 oleh Shariman... at 11:12 AM 0 kata kata hikmat

alhamdulillah..anak ibu dah boleh jalan..tu video masa 7hb October..:)..Masa cuti deepavali baru ni g berjalan ke Mines, habis satu Mines ditawaf dek budak Nyiman neh..suruh duduk dalam stroller pun xnak, dukung pun xnak..hah...merasa la aok..hehehe..tapi seronok tgk gelagat dia...dah berjalan sibuk negur orang sana sini..heheheh..aritu masa makyong upload video iman lamaaaa...tu pun dah lama iman berdiri..suka sangat makyong..hehehe..boleh tengok video tu kat sini...


Saturday, August 20, 2011

Happy Birthday Anak Ibu..

Conteng2 oleh Shariman... at 3:29 PM 0 kata kata hikmat
Selamat Hari Lahir sayang yang pertama..


Iman dah setahun, semua cakap.."sekejap je dah setahun"..


kannn...Ibu dan walid yang hari2 tgk Iman ni pun rasa sekejap je..perkembangan demi perkembangan ibu dan walid lihat dari Iman..


Diusia setahun ni, Iman;

  • dah ada 1 taring kiri, 2 gigi bawah depan..
  • dah pandai berdiri sambil pegang2
  • bertatih kena pegang
  • pandai kenakan orang
  • gostan guna walker
  • merempit guna motor dia
  • malas merangkak (sayang lutut)
  • dah paham erti kasih sayang
  • dah pandai bila suruh flying kiss, salam cium tangan, babai, kiss ibu..(comey)
  • MERAJUK!!! (lambat buat susu, kalau orang marah, xnak dengan orang tu dah..)



Sempena kelahiran pertamamu, kita buat kecil2an sahaja..(nanti Ibu update entry pasal celebration birthday Iman) lagipun tok dan tokku berada di Mekkah..insya Allah, nanti tokku dan tokku, achu nana ngan eteh balik, baru kita celebrate ok..


Ibu dan Walid doakan:



  • Iman jadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat

  • sentiasa sihat dan ceria

  • makan banyak2 lagi

  • minum susu sehingga 5 auns (skang paling banyak 4 auns skali)

  • jadi anak yang comel sentiasa di hati Ibu, Walid, Atuk, Nenek, Tok, Tokku dan semua mak2 sedara dan pak2 sedara..

  • sentiasa menjadi nadi ibu dan walid

We Luv u sayang..:))


Saturday, July 16, 2011

Kerja...Kerja..Kerja...

Conteng2 oleh Shariman... at 11:12 AM 0 kata kata hikmat
Selagi belum tutup mata,

"kerja, kerja, kerja.." haaa..siapa ingat? 

Ni la dialog cerita P Ramlee..cerita apa? tapi x ingat la pulak..

(Arini ibu ambik alih blog dari Iman)

Sebenarnya kerja arini option, bukannye wajib bekerja..ibu kerja arini sebab dah x banyak Annual Leave (AL)..banyak hal jugak tahun ni..tapi yang banyak, sebab follow up Iman di Klinik Kesihatan dan juge Hospital Serdang..

So check up Klinik Kesihatan biasanya untuk BMI, kesihatan, makan, minum dan juga suntikan..Yang kat Hospital Serdang plak, follow up kes Iman admit NICU dulu...

so bila kerja weekend ni, ada keuntungannye jugak..kalo kerja ari biasa, nak harung jem, bawak kete bayar minyak sendiri, tol sendiri dan parking sendiri..kalau keje weekend, dapat cuti ganti, mileage, toll dan juga parking claims..x lupa jugak meal allowance..heheheh...dan x lupa, boleh senang lenang berjalan2 dalam midveli, tido... dan buat sesuka hati..ngeh2...

Cuma yang x bestnye, bila kerja weekend, terpaksa tinggalkan Iman dengan Walid..bukan x percaya pada Walid, (kadang2 walid lagi detail jaga Iman dari Ibu) cuma masa emas bersama 2 jejaka tu dipendekkan..Alhamdulillah, kalo Ibu kerja weekend, Walid la yang jaga Iman, (Terima kasih lid..:))..) lagipun Iman dah besar dan dah paham sket2 apa Ibu ngan Walid dia cakap..hehehe...so dah x susah sangat nak jaga Iman.

Iman dan Walid melepak

Bulan depan Iman dah setahun..sekejap je masa berlalu..rasanya baru je lagi bertarung dalam labour room..dalam usia 11 bulan ni, Iman belum ada gigi..risau jugak sebenarnya..Ibu siap tanya kat kawan ibu seorang dentist, Dr Siti Rudziah (kawan sekolah), katanya x perlu risau, kalau umur Iman menjangkau 2 tahun, tapi takde gigi lagi, baru boleh risau..huhuh..apo nak dikato laie kalo doktor cakap mcm tu..hehehe..walopun takde gigi lagi, tapi Iman dah taknak makan bubur..pagi2 Ibu bekalkan nasi goreng dengan sup bawak pegi umah mama (pengasuh Iman)..biasanya memang Iman mmg suka sangat makan...x cukup dengan tu, sehari mesti dia boleh makan sampai 2 keping roti gardenia yang ada rasa, mcm butterscotch, chocolate raisins ke..Buah pun dia suke jugek, nak2 pisang...(cucu tokku la katakan)...hehehhe...

Dalam usia 11 bulan jugak Iman belum boleh berjalan, ada rezeki kanak2 lain, 7-10 bulan dah berjalan..Iman mengesot je laju..merangkak pun boleh, cuma sayang lutut..well grooming sungguh..(nak jadi mcm eteh keee)...cuma Iman dah pandai pegang kat kerusi2, dr kerusi dia berpaut kat walker dia..dulu Ummi selalu urut kaki kaklong Ainaa, sebab tu kaklong Ainaa cepat berjalan, cumanye Iman ni, kalo ibu nak urut kaki dia, dia mesti ketawa kuat2 dan berguling2 kat situ...(penggeli anak Ibu ni)...heheheh...takpe laa.ada rezeki nanti mudah2an cepat la Iman lalui proses tu..insya Allah..
Ralik tgk Upin Ipin dalam walker dia




Sunday, April 24, 2011

Syukur dan Bersyukur

Conteng2 oleh Shariman... at 3:56 PM 0 kata kata hikmat
11 April 2011

Pada 11 Apr tu, saya appointment dengan paediatrik kat tempat saya lahir, Hospital Serdang. Appointment kol 9.00 pagi, tapi disebabkan saya tido, dan bangun lambat, kami sampai kol 9.30..ibu dengan walid beratur amik nombor dulu..ramai betul org arini..ye lah, sebab hari isnin appointment semua klinik pakar..Haih, diorang ni, kalau buat appointment setiap klinik pakar tu lain2 hari kan ke senang?? tapi mungkin sebab saya x paham kot jadual kerja dorang...

kebetulan masa menunggu, terjumpa dengan ummi dengan babah..Ummi datang sebab sakit mata..dah seminggu ummi MC sebab sakit mata..memula abang ajad, maklong dengan paklong, pastu kena dekat abang de...skang ni ummi ngan babah pulak kena..Tok pun kena jugak sakit mata..sian tok...Ummi datang sebab nak cuci mata dia..sebab belah dalam kelopak mata tu ada ulser dah..(ish, seram saya dengar)..harap2 saya x kena..kesiannn saya..saya dah la kecik lagi..huhuhu..

Masa tengah menunggu kat klinik paediatrik, ibu duduk berborak dengan sorang makcik ni..anak dia tengah tido atas kusi panjang dan besar diameternye..anak dia kecikkkk jeee..ibu borak2, makcik tu kata anak dia dah 9 bulan..tua sebulan je dr saya, tapi dia kecikkk sangat...rupa2nya baru 4kilo..x macam saya yang dah 7.65 pada hari ni.(Alhamdulillah)..rupanya anak makcik tu ada masalah usus, x boleh berak mcm biasa..membuang menggunakan plastik yang ada kat perut dia...lepas tu tambahan pulak ada masalah jantung berlubang..kesiann dia..berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..tapi apa kan daya kita..kita manusia biasa..yang redha dengan kehendakNya..

Saya dengan walid di Steamboat @ Maeps

Alhamdulillah, tunggu punya tunggu punya tunggu, selesai pemeriksaan ke atas diri saya, saya dengan ibu+walid dah nak pulang...Tapi disebabkan hari panas, lid suruh ibu tunggu dekat lobi dengan saya sementara lid pegi amik kereta...Masa tunggu tu, saya nampak, ada sorang makcik ni dengan suami dia..makcik tu tengah pegang anak dia yang down sindrome ... ibu pun cakap dekat saya, "Alhamdulillah, anak ibu sihat, terima Ya Allah, memberikan aku anak yang sempurna"... saya pun sedih jugak, tapi disebabkan saya control macho macam lid,  jadi saya buat2 hensem je la..hehehe...

x abeh kat situ..dah otw nak balik tu, sampai kat trafik light depan hospital tu, saya nampak, makcik yang pegang anak dia yang down sindrome tadi tgh naik moto sambil anak dia duduk tgh2 antara makcik tu dengan husband dia tgh tunggu trafik light jugak..ibu pun kata kat lid.."Akak ni tadi kat lobby dengan anak dia...kesiannn dia..tengah2 ari panas bawak anak dia naik motor...anak dia down sindrome tau lid.." Lid kata, "o ye ke."...dan semua diam...sebab lantas ibu peluk dan cium pipi saya...

Dalam hati saya, Alhamdulillah, walaupun kereta ibu dan walid kecik, tapi kami masih mempunyai kereta,berlindung untuk kemana- mana tanpa kena hujan panas, walaupun ibu dan walid x mewah, tapi masih sempurna makan pakai dan juga susu saya...

saya kat econsave beli susu
 Sesungguhnya saya masih bertuah, dan kita kena sentiasa ingat, jika kita rasa kita susah, ada lagi org lagi susah dr kita, jika kita rasa kita miskin, ada lagi org yang lagi miskin dr kita...dan jangan menjadi manusia yang tidak bersyukur...:))...angkat tangan, dan ucapkan lah ALHAMDULILLAH..


 

Luv of Us Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting