Showing posts with label motivation. Show all posts
Showing posts with label motivation. Show all posts

Thursday, January 17, 2013

Menjadi Ibubapa

Conteng2 oleh Shariman... at 11:36 AM 0 kata kata hikmat
terbaca di FB tentang;


20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!

terasa sebak..betul..

Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku. 

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.

2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!! 
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!

Lately keje kat opis skang ni x banyak sangat, so Ibu banyak membaca blog2, forum, tengok u tube..dalam teknologi skang ni mmg Ibu ngaku, malas betul nak BELI suratkhabar..it's better baca online aje..save paper..dan mcm2 paper boleh baca.. lagipun kalau beli paper bukan la banyak sangat membaca nye..lagipun xkan la baca paper time keje..kalau online newspaper nampak sikit mcm rajin kan..hahaha..

btw, masa blogwalking blog Dr Halina wife Sheikh Muszaphar, ibu terjumpa resepi yang baru jugak untuk Iman.. even Dr Halina pun memasak sendiri untuk anak dia.. dan Ibu sendiri pun mcm tu..alhamdulillah masih diberi kudrat oleh Allah untuk memasak setiap hari buat bekalan Iman. Since Iman dihantar ke rumah mama (pengasuh Iman), memang hari2 Ibu bekalkan Iman..even 1 lauk aje dengan nasi, Iman akan makan..makanan Iman senang aje, sup ayam/daging, sup sayur bayam, kangkung, brocolli, bunga kobis dan paling dia suka, carrot..Iman pun x banyak kerenah bab makan, dia makan even telur goreng+kicap..hehe..

Biasanya pagi2, Ibu akan bekalkan dalam thermos supaya masih panas untuk tengahari..


ha sebijik mcm bekas kat atas tu...beli RM160.00, tapi alah membeli, menang memakai..lebih kurang macam mangkuk tingkat yang berupaya mengekalkan kepanasan dan juga moden..

hurmm..kadang2, ada jugak masa x sempat nak masak tapi x selalu..and I will feel bad sebab terpaksa bungkuskan dia nasi, dan mesti nasi tu sejuk untuk lunch..

tu la bezanya bila dah ada anak..kalau x dulu, tau bangun pagi bingkas, terus pegi mandi siap2..bangggg g keje..walopun sikit penat, tapi hari2 yang dilalui dengan budak nama Iman tu x jemu..sekejap je masa berlalu..sedar x sedar, Iman dah mengenjak usia 2 tahun 5 bulan.. adik untuk Iman? tunggggguuuuuuuuu.....:D

Thursday, November 8, 2012

Impian dan Kejayaan

Conteng2 oleh Shariman... at 1:14 PM 0 kata kata hikmat
Tadi dalam kereta selepas hantar Iman ke rumah babysitter, dengar radio Era pasang berita pasal Pasukan Malaysia kalah dengan Pasukan Thailand (bolasepak) dan ranking dunia dah jatuh dari no 162 ke 163..

Ye, orang kata bila menang, puji..
Bila kalah, keji.. (habis..xkan kalah nak puji)..

Adat pertandingan kalah dan menang..
Tapi kalau asyik kalahhhh je..itu bukan adat pertandingan..
Itu memang adat pasukan itu sendiri yang selalu kalah.. hahahah...

Well..sebenarnya bukanlah nak cerita tu sangat..nak keluarkan apa yang terbuku di hati..

Dunia memandang manusia ini berjaya jika dia hebat dalam akademik..
Bila seorang Ibu Bapa berjaya mendidik anak2nya mereka menjadi seorang doktor, lawyer...
mempunyai Ijazah..(nak2 yang berijazah ke luar negara..nak2 lagi ijazah negara2 bersalji...hebat katanya..)
Propaganda barat menjadikan mentaliti kita membuat jurang pendidikan..

"Berijazah itu pandai dan hebat"

sebab tu Rasulullah SAW tak ciptakan Ijazah, Master dan PhD.. Baginda mencipta..

"Tuntutlah ilmu hingga ke negeri Cina"

walaupun tanpa Ijazah..tetapi semangat belajar dan memerlukan ilmu itu kuat..pasti seorang manusia juga menjadi seorang yang hebat...Akademik bukan segalanya..Akademik bukan kayu pengukur untuk seseorang itu dikatakan hebat..

Ye..Ibu nak anak2 ibu jadi seorang yang berjaya dalam akademik, sebab akan dipandang masyarakat..tetapi ibu juga akan berbangga sekiranya anak2 Ibu menjadi seorang pemain bola yang berpendapatan 300 ribu sebulan, seorang pemain tennis yang beraksi boleh ditonton di ESPN secara LIVE..dan lebih membahagiakan menjadi Hafiz dan Hafizah yang mampu memberi ilmu kepada masyarakat dan Ibu Bapanya sendiri..beserta dengan yang lebih penting nilai dan moral yang tinggi.. Insya Allah...Itulah Anak2 Ibu...



 

Luv of Us Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting