Thursday, March 28, 2013

Home Sweet Home..

Conteng2 oleh Shariman... at 5:26 PM 1 kata kata hikmat
Alhamdulillah..takde perkataan lain keluar dari mulut Ibu dan Walid..

Harini, Ibu, Walid dan Eteh Iman dah pegi sign S&P rumah..kat lawyer Michael Chen & Co..Kajang..

Azam Ibu yang sepatutnya dilangsaikan tahun lepas terpaksa drag ke tahun 2013..tapi not so bad kan setahun aje delaynye utk perkara yang amat besar ni..

Actually semuanya rezeki yang dah tertulis olehNya..kami dapat deal rumah ni dari Eteh Iman sendiri, iaitu adik Ibu..yang memang nak let go rumah-rumah dia..Rumah ni adalah rumah pertama yang Eteh beli lepas dia keje. Market price rumah ni almost RM350,000 dah skang ni..tapi Eteh jual murah2 je timbang kati kat kitorang dengan harga RM250,000..sebab harga adik beradik katanya ilang la Rm100,000..

Rumah kami (seronoknya dah sebut rumah kami) beli ni kat Villa Impiana, Taman Pelangi Semenyih.. Faktor2 yang diambil kira untuk beli rumah ni pertamanya sebab rumah Tok dan Tokku Iman hanya 1km je dari rumah Villa Impiana ni..lagipun dah dapat deal yang bagus apa salahnya kan..

ihsan Google

Ni la contoh rumah Villa Impiana.. rumah kami tu intermediate..gated and guarded..kemudahannya dekat dengan padang mainan (senang Iman nak main basikal), depan rumah ada Tesco..(tapi still kena lalu pintu pagar besar utk keluar)..ada KFC/Pizza (walopun x makan tetiap hari).. tapi kalau nampak semua facilities ni kan kita rasa whooooaaaa gitu..

Ingat nak share ngan u oll pasal procedure yang kami lalui sepanjang/semasa nak beli rumah ni..supaya jadi panduan lah untuk sesapa yang nak beli rumah sub-sales with zero knowledge..sebab walopun kami beli under related, still kena banyak buat homework here and there..nanti kita sambung lain entry yerk..



Thursday, January 17, 2013

Menjadi Ibubapa

Conteng2 oleh Shariman... at 11:36 AM 0 kata kata hikmat
terbaca di FB tentang;


20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!

terasa sebak..betul..

Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku. 

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.

2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!! 
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!

Lately keje kat opis skang ni x banyak sangat, so Ibu banyak membaca blog2, forum, tengok u tube..dalam teknologi skang ni mmg Ibu ngaku, malas betul nak BELI suratkhabar..it's better baca online aje..save paper..dan mcm2 paper boleh baca.. lagipun kalau beli paper bukan la banyak sangat membaca nye..lagipun xkan la baca paper time keje..kalau online newspaper nampak sikit mcm rajin kan..hahaha..

btw, masa blogwalking blog Dr Halina wife Sheikh Muszaphar, ibu terjumpa resepi yang baru jugak untuk Iman.. even Dr Halina pun memasak sendiri untuk anak dia.. dan Ibu sendiri pun mcm tu..alhamdulillah masih diberi kudrat oleh Allah untuk memasak setiap hari buat bekalan Iman. Since Iman dihantar ke rumah mama (pengasuh Iman), memang hari2 Ibu bekalkan Iman..even 1 lauk aje dengan nasi, Iman akan makan..makanan Iman senang aje, sup ayam/daging, sup sayur bayam, kangkung, brocolli, bunga kobis dan paling dia suka, carrot..Iman pun x banyak kerenah bab makan, dia makan even telur goreng+kicap..hehe..

Biasanya pagi2, Ibu akan bekalkan dalam thermos supaya masih panas untuk tengahari..


ha sebijik mcm bekas kat atas tu...beli RM160.00, tapi alah membeli, menang memakai..lebih kurang macam mangkuk tingkat yang berupaya mengekalkan kepanasan dan juga moden..

hurmm..kadang2, ada jugak masa x sempat nak masak tapi x selalu..and I will feel bad sebab terpaksa bungkuskan dia nasi, dan mesti nasi tu sejuk untuk lunch..

tu la bezanya bila dah ada anak..kalau x dulu, tau bangun pagi bingkas, terus pegi mandi siap2..bangggg g keje..walopun sikit penat, tapi hari2 yang dilalui dengan budak nama Iman tu x jemu..sekejap je masa berlalu..sedar x sedar, Iman dah mengenjak usia 2 tahun 5 bulan.. adik untuk Iman? tunggggguuuuuuuuu.....:D

Monday, January 14, 2013

Telepon Free, sapa nak ambik, xnak sudah...

Conteng2 oleh Shariman... at 5:14 PM 0 kata kata hikmat
hahaha gile kejam title di atas..bukan apa, tadi Ibu dah selesai pun mengambil telefon free daripada carrier telekomunikasi YES yang mana dibawah pakej rebet telefon RM200 daripada kerajaan untuk belia..

senang je..memula kena tengok syarat2 kat bawah ni


  • Warganegara Malaysia yang berumur di antara 21-30 tahun pada tarikh memohon; 
    ii. Pendapatan bulanan adalah RM3,000 dan ke bawah; 
    iii. Model telefon pintar 3G yang ditawarkan; 
    iv. Untuk langganan baru dan sedia ada pakej jalurlebar; dan 
    v. Satu telefon hanya untuk satu belia;

kalau rasa layak, pergi daftar kat SINI..lepas dah siap daftar, dia akan direct bagi status sama ada permohonan kita berjaya ke tak..

selepas dah berjaya, kita pun survey2 la tepon..yang mana kesemua carrier telekomunikasi kat Malaysia ni mengambil bahagian...

contohnya macam Maxis, harga selepas ditolak jadi mcm kat bawah ni..




Manakala Celcom plak offer Galaxy Y semata..


Digi yang hebat dengan marketing orang kuning tu pun ada jugak..pun sama bagi Galaxy Y jugak...(dah malas nak tepek gambar sebab sama je..haha)

X lupa jugak U mobile yang agak menarik dari segi promosinya.. yang menariknya U mobile menyediakan pelan data serendah RM28 untuk unlimited usage..GILE!!! tapii...




ada yang lebih menarik dimana anda boleh dapat percuma je tepon..dengan pakej YES...sebab apa? sebab....


Ibu dah ada blackberry, walid pun plan nak beli server dell bawak merata2, so xpayah la nak beli phone, (padahal takde duit..muahahah)... Just amik je dah orang kasi FREE ini..

yang paling best, tepon ni ble sambung ke laptop, untuk dijadikan modem..so walopun phone ni adalah telefon asas (basic phone-baru ada orang paham kalau sebut basic phone)...

Nak dijadikan cerita, Ibu pun bertuah la sebab pergi jalan kaki x sampai jarak 1km nak ke Gardens Mall, gigih ni nak mendapatkan mende free la katakan..end up, budak kat kiosk YES tu kata, last unit kak, rezeki akak...lepas ni x restock dah..huhuhuhu..So ni la rezeki Iman..


Boleh la malam2 Iman nengok Upin Ipin..yeay!!


Saturday, January 5, 2013

Tahun Baru 2013

Conteng2 oleh Shariman... at 1:29 PM 0 kata kata hikmat
Malam tahun baru tu kami sekeluarga just duduk rumah je..x kemana2 pun..tengok bunga api pun kot balcony umah je..tu pun sipi2 je nampak..Iman x nengok sangat pun sebab takut bunyi kebabooommmm...
(Iman memang paranoid dengan bunyi yang kuat2, mcm blender, vacuum, petir, guruh)..

Tapi siangnya 1 January tu Ibu dan Walid decide nak bawak Iman naik train..takde specific tempat nak pegi..so just pikir, pergi KLCC je lah.. (Iman sebut "tapi" = keretapi).. Excited sesangat budak kecik nih..mau nya x.. Ni 2nd time Iman naik tren, 1st time masa pegi Singapore dulu..tapi masa tu dia x tau pun menatang tu namanya ketapi..

Dalam jam 12 dah kuar umah, memula pegi makan kat area2 UPM dulu..lepas tapau makanan dalam perut, kitorang park kereta kat LRT Sungai Besi dengan kadar RM3 per entry. Malas nak naik komuter, sebab jangkamasa nak menunggu tu alahai.....

Langsung.. naik LRT menuju ke Masjid Jamek, dan kendian kena tukor plak ke aliran Kelana Jaya..turun di KLCC.. Ibu dan Walid sendiri pun dah hampir 5 tahun kot x jejak kaki ke KLCC..kitorang berdua memang x gemor pergi tempat2 crowded..nak2 kalau berjalan semata..memang tak kan pergi..unless kalau nak cari barang..



kami kalo nak berjalan mesti kena bawak stroller..untuk keselesaan Iman time dia penat..tapi kekadang dia nak berdukung..so boleh la letak2 barang2 dia (beg susu) kat stroller tu..


seharian tu Iman x tido sampai la ke jam 5.30 camtu kitorang dah gerak balik naik tren.. tetiba terasa lapo...
Lepas Walid usai (ayat x boleh blah mcm dalam novel siottt) solat Asar, Ibu ajak Walid makan Mi Tarik Warisan Asli kat Pekan Sg Besi Lama..memang selama duk KL x pernah jejak kaki ke sana...colleague seme cakap sedap, so kena la jugak try...

Sampai sana betri fon habeh..so takde la gambar makan Mi Tarik..Kamera pun x bawak sebab achu nana pinjam pergi Bandung..maybe next time la kot..tapi alhamdulillah, memang sedap betul mi tu..maknanya kena pegi lagi la..hihi..



Thursday, December 13, 2012

Cars dan Iman

Conteng2 oleh Shariman... at 3:27 PM 0 kata kata hikmat
sejak Iman dah mengenjak umur 2 tahun ni dah nampak interest dia kemana..mostly memang sangat sukakan Cars atau kereta..selain dari robot, motor, cars jugak yg dia paling suke..

Kelmarin, Umie belikan Iman track Cars ni..sempena Umie dapat 13th months..Alhamdulillah dan semoga rezeki Umie sekeluarga bertambah lagi.. Benda ni beli kat Carrefour Mid Valley RM65.00

sebenarnya Ibu yang beria nak beli..pastu suruh Umie belikan untuk Bangah dan Abang De Ammar.. umie beli peten lain yang lagi beso..so yang ni belikan untuk Iman..suka sangat la si kenot Ibu tuh..

yang ni yang dah siap pasang...

Nak tengok camana benda ni berfungsi? meh tengok video ni..yang video sendirik belum dapat nak snap lagi..

Iman cakap..."whoaaaaa"................




12 Dec 2012

Conteng2 oleh Shariman... at 3:12 PM 0 kata kata hikmat
Itu tarikh semalam..takde apa yang istimewa untuk Ibu pun..

Cuma semalam sempat beratur...dalam setengah jam beratur baru smpai ke depan untuk membeli ni..


Mujur sempat datang awal 10 minit sebelum jam 12 untuk beratur..Actually Ibu beli donut Krispy Kreme yang promotion RM12.00 untuk sedozen donut.. sebelum ni x pernah beli pun..biasanya beli Big Apple Donuts aje..disebabkan semalam ada promo murah ni..so kita try la beli jugak... Tambahan pulak beli untuk refreshment training petang..so dapat la jimat sikit..Biasanya untuk assorted flavour dalam rm23.90 kot camtu untuk sedozen..

Hah, amik kau..5 dozen ku hangkut ke hopis..

salah satu box..classic, original, glaze choc, almond, choc apa ntah..dan oreo cheesecake..

Pasni rasanya x beli dah kot..sebab terlampau manis..Ibu just makan yang Original Glaze je..manis gile2..
Rasanya Big Apple lagi sedap..tapi kalau Tok yang buat..sure lagi sedapp..haha..jangan marah



Thursday, November 8, 2012

Impian dan Kejayaan

Conteng2 oleh Shariman... at 1:14 PM 0 kata kata hikmat
Tadi dalam kereta selepas hantar Iman ke rumah babysitter, dengar radio Era pasang berita pasal Pasukan Malaysia kalah dengan Pasukan Thailand (bolasepak) dan ranking dunia dah jatuh dari no 162 ke 163..

Ye, orang kata bila menang, puji..
Bila kalah, keji.. (habis..xkan kalah nak puji)..

Adat pertandingan kalah dan menang..
Tapi kalau asyik kalahhhh je..itu bukan adat pertandingan..
Itu memang adat pasukan itu sendiri yang selalu kalah.. hahahah...

Well..sebenarnya bukanlah nak cerita tu sangat..nak keluarkan apa yang terbuku di hati..

Dunia memandang manusia ini berjaya jika dia hebat dalam akademik..
Bila seorang Ibu Bapa berjaya mendidik anak2nya mereka menjadi seorang doktor, lawyer...
mempunyai Ijazah..(nak2 yang berijazah ke luar negara..nak2 lagi ijazah negara2 bersalji...hebat katanya..)
Propaganda barat menjadikan mentaliti kita membuat jurang pendidikan..

"Berijazah itu pandai dan hebat"

sebab tu Rasulullah SAW tak ciptakan Ijazah, Master dan PhD.. Baginda mencipta..

"Tuntutlah ilmu hingga ke negeri Cina"

walaupun tanpa Ijazah..tetapi semangat belajar dan memerlukan ilmu itu kuat..pasti seorang manusia juga menjadi seorang yang hebat...Akademik bukan segalanya..Akademik bukan kayu pengukur untuk seseorang itu dikatakan hebat..

Ye..Ibu nak anak2 ibu jadi seorang yang berjaya dalam akademik, sebab akan dipandang masyarakat..tetapi ibu juga akan berbangga sekiranya anak2 Ibu menjadi seorang pemain bola yang berpendapatan 300 ribu sebulan, seorang pemain tennis yang beraksi boleh ditonton di ESPN secara LIVE..dan lebih membahagiakan menjadi Hafiz dan Hafizah yang mampu memberi ilmu kepada masyarakat dan Ibu Bapanya sendiri..beserta dengan yang lebih penting nilai dan moral yang tinggi.. Insya Allah...Itulah Anak2 Ibu...



Wednesday, October 3, 2012

Nasi Lemak Ayam Berempah Cameron

Conteng2 oleh Shariman... at 9:49 AM 1 kata kata hikmat
Pagi pagi esoknya tu lepas Subuh masing2 berlengkor lagi atas katil, sampai pukul 9.30am..ye la..kata nak rest kan..ha gitu la rest..

Nak x nak kena bangun jugak sebab nak g breakfast, bersiap check out, jalan2 pasar sebelum anta Makcik Iman ke Kg Kuala Pari, Ipoh..

Lepas dah siap2 sume, check out pehtu terus pegi medan selera Tanah Rata..dekat je,,sebelah je ngan Hotel Jasmine ni..Memula nak makan nasik lemak biasa yang pernah makan dulu, (Walid kata sedap)..tetiba Tok kata, "mana ye nampak org makan nasik lemak ada daun pisang"..cari punya cari..jumpa la nasi lemak tu..wahhh..memang menarik btol..plating pun cantik..(gituuuu...sejak nengok Masterchef ni kan..)..Harga RM6 kot sepinggan..huhuhu..sekali sekala apa salahnya dak..:)

Nasi Lemak Ayam Berempah Medan Selera Tanah Rata
Kan nampak sedap..dan memang sedap..sambil berkata, Sedap Chef Michael..


Tuesday, October 2, 2012

Check in Hotel Jasmine CH

Conteng2 oleh Shariman... at 4:26 PM 2 kata kata hikmat
22 September lepas, dah bosan sebenarnya duduk rumah..hajat-hajat hati ajak Walid pegi Melaka nak makan ikan bako..Walid dah lemau terlentok atas kusi sambil nengok tb..hehehe..

At last, setelah bincang2 kami pun balik Semenyih, sebab nak kena anta Makcik Iman yang duduk kat Ipoh balik sana..yeay, dapat jugak pergi Cameron Highlands..sebab rumah Makcik dekat Lahat, dekat je ngan Simpang Pulai..

Balik Semenyih, sampai sana jam 4..ngok ngek ngok ngek..last2 gerak jugak dalam pukul 6 gitu..last minute plan..gitu la gayanya..kali ni naik Tanah Rata lalu jalan Tapah..kete x banyak pun..maybe sebab orang gomen belum gaji..hahaha...So setelah Walid, Tok ngan Tokku bargain hotel area2 situ..dapat la kat Hotel Jasmine..ada last choice je yang mana family suites..kalau ikutkan harganya dalam Rm250..nak2 pulak weekends, tapi sebab dah tinggal last..dapat bilik tu just RM148 je..Tok yang sponsor bilik ni..untung kannnn...Hotel pun OK la..puas hati...:)


ada tv, tapi tak tgk sangat lah

Makcik Iman

Iman dengan Sepupu2


Suka sangat lah budak ni sampai renyeh mcm tu skali..
Kitorang jarang2 skali nak duduk hotel bertaraf 4 5 bintang..asal dapat tido sudah cukup kot..xyah nak fefeeling orang kaya sangat lah..ekekekek.. Gambar ngan details lain ble cek kat sini yerk...

Friday, September 21, 2012

Kenduri Kawen Ain & Yuhanis

Conteng2 oleh Shariman... at 11:51 AM 0 kata kata hikmat
2 September, bergegas macam lipas kudung bersiap nak gerak pergi kenduri pulak kat Felda Lakum..
Nak attend kenduri kawen kawan sepermainan ibu masa kecik2 sampai la ke beso..cuma time beso main la shopping2, jalan2..dah takde la main congkak ngan batu seremban..

bergerak dari rumah Atuk pukul hampir nak ke pukul 1 jugak..padahal kalau kenduri kat Felda2 ngan kampung2 ni mesti habeh awal..tinggal kuah gulai je la jawabnya..tapi x kisah la..janji dapat memenuhi jemputan..

Lagi 10 minit nak ke pukul 2 kitorang pun sampai la ke Felda Lakum, Lanchang..kat sini sebenarnya Ibu duduk dari darjah 6 smpai la habis sekolah menengah..Tokku kerja sebagai Penolong Pengurus Rancangan kat sini dulu..sebab tu Ibu membesar kat sini dan ramai kawan2 kat sini..

Sampai2 tu perantin tengah potong kek..kitorang makan2, lauk boleh tahan sedapnya..tapi maklum la dah penghujung2..Padan muka, sapa suh datang lambat..Actually memang la sengaja lambat sebab kesian kat atuk x puas nak main ngan Iman..xpe la Atuk, nanti Iman balik lagi Ok..

Dengan pengantin yang slim melim dan gorjes
Ain seorang guru di Hospital Ampang..aik? salah cakap ke apa ni..bukan cikgu kat sekolah ke? x lah..memang betul..dia mengajar di Hospital Ampang untuk kanak2 yang macam lama sakit kat hospital tu..supaya x keciciran..ye la yang macam patah2 tu kan lama kat spital, so diorang ngajar kat dalam Spital...camtu la lebih kurang..Semoga perkahwinan Ain & Yuhanis kekal hingga ke akhir hayat membawa ke syurga Insya Allah..


reunion sekolah Walid

Conteng2 oleh Shariman... at 11:33 AM 0 kata kata hikmat
entry raya belum publish lagi..banyak betul gambo..malas betul nak pilih..huhuh..tapi ni salah satu entry raya jugak...

Jumaat cuti hari merdeka, Ibu, Walid dan Iman ikut Tok dan Tokku balik rumah Tokki Teh kat jengka since kitorang belum pun lagi beraya kat sana..Tokki Teh adik kepada Tok Iman..faham? x faham diam lah..

kebetulan, hari Sabtu, 1 September 2012, Atuk ajak pegi kenduri sepupu Atuk yang juga kawan sekerja Tok dulu..kalau belah Atuk, menggelarkan dia Mak We Yah..tapi Ibu kenal dengan Cik Nurulniah..kenduri di Kampung Lipat Kajang, Kerdau, Pahang..Balik dari kenduri tu terus rush balik ke Tersang, Raub..kena terkejar2 sebabnya malam tu Walid ada reunion sekolah menengah dia pulak..tema pakaian hari raya..kami pun bersiap dan bergerak ke dewan Sekolah Menengah Tersang selepas maghrib..

Walid register

Budak Ceyman ngan Walid



Sekeluarga bersama uncle Zuraimi dan Aunty Shaliza

Iman memang suka berkawan...


Juadah yang disediakan

Ada sate, mi sup, soto, kuih2..

Iman dengan Haris yang mengecek kete Iman x dapat2..


Bergambar beramai2 sesudah majlis

Percikan bunyi apa..kelasss ko..

Seronok jugak sekali sekala dapat join event macam ni..walaupun bukan reunion sekolah Ibu, tapi terasa keseronokan dan beronok2 Walid dapat jumpa schoolmates dia..at least Ibu boleh kenal kawan2 Walid..Masa majlis ni, ada sessi perkenalkan diri, keluarga dan pekerjaan..sebab dah berapa tahun x berjumpa kan..ada sesi pertunjukan multimedia yang kreatif jugak..

Teringat masa Ibu jadi penganjur untuk reunion SPM99 SMK Dato' Bahaman dulu di Quality Hotel..Boleh dikatakan berjaya, sebab lebih 40 org yang hadir..alhamdulillah..sekarang kalau nak buat lagi, maybe macam dah susah sebab masing2 dah ada kerjaya dan anak2..Insya Allah, kalau ada rezeki dan kelapangan mungkin boleh aje nak buat lagi..



Thursday, September 20, 2012

Taman Tema

Conteng2 oleh Shariman... at 12:25 PM 0 kata kata hikmat
Sana sini semenye sebok bercakap pasal Legoland yang baru bukak last 15 September 2012..

Memang teringin nak pergi, tapi nampaknya macam terlampau baru dan tandus kawasannya..nampak macam panas pun ada..tapi bak kata Wan Chu, kalau nak nunggu pokok besor mcm kat Disneyland Hong Kong, mau bongkok 3 la jawabnya..

Semalam berborak2 dlm facebook chat dengan Wan Chu, last time kitorang dah pergi Disneyland Hong Kong (setahun yang lepas) dan USS dan kitorang plan untuk tahun depan, nak ke Bandung sebenarnya..tapi rasanya terpaksa ubah planning..nak pergi Legoland dengan Hello Kitty Theme Park..dan kemungkinan kalau betul planning boleh masuk Singapore jugek..ngeee...(passport plak nak mampos dah..)..

hello kitty theme park yang akan dibuka Oktober 2012

Cilok dari Gugel je..sebab belum pergi..dah pergi baru boleh snap2..

So dah boleh plan buat itinerary dah ni..weeeee....:)

Wednesday, September 19, 2012

The Other Siblings

Conteng2 oleh Shariman... at 2:22 PM 0 kata kata hikmat
Seminggu sesudah raya aritu, Eteh balik ke Msia..dan dia dah pun plan untuk pegi ke Hong Kong dengan Mak Teh.. Ibu yang menggeletik sebab nak order kasut Crocs..kasut Crocs ibu aritu dah macam nak licin tapak bawahnye..dah nama pun tapak..mesti la kat bawah kan.. cerita kasut Crocs ibu sebelum ni klik sini..

Sebab currency kat sana murah sikit, so automatiknye, kasut tu jadi murah la sikit kan... biasanya kat sini, peten tu dalam RM170..tapi kat sana RM140.. memang takde beza sangat..tapi at least RM30 boleh la buat topap Hotlink..muahahah...



Yang baru adalah yang berwarna pinkish tuh..yang lama warna Chocolate..peten yang sama, sebab memang dah suke.. santek x?


Open House 2012

Conteng2 oleh Shariman... at 2:15 PM 0 kata kata hikmat
Alhamdulillah, raya sampai ke penghujungnya dan keluarga di Semenyih sempat juga buat open house kat rumah tok di Taman Pelangi Semenyih..

Juadahnya disediakan oleh kami2 semua secara berjemaah..dan juga di sponsor secara berjemaah..

meh tgk menu2 yang sememangnye kebabooommm...

nasi ayam bahagia, tok, tok mama dan Ibu yang sediakan..
mcmana nama dia, memang bahagia sangat lah sapa yang makan..


kek chocolate & kek keju belaian jiwa..macam biasa, 
bab2 kek ni, mesti la Umie yang sediakan..dewa kek..

Rojak Buah Cari Jodoh ni pulak dinamakan sebab penyedianya adalah
Maklong Tirah dan Makyong..penyedianya anak2 dara fresh grads gitu..
manis2 buah dan sesedap rasa seperti orangnye..auwww...

Sate Gangnam Style sebab kena berebut2 amik seolah2 semuanya
kena buat gangnam style..dah order sebanyak 1000 cucik..(purposely spell cucik 
sbb memang panggil cucik, bukan cucuk..hahahah) dan habis semuanya x sampai sejam

Mi Jawa SG LUI..sebenarnya Mi Jawa Sg Jelok..Tapi sebab 
nak pemes amos kan nama menu, kena letak lagu Aizat..
yang ni tempah..setiap kali tempah mi jawa ni, mesti tempah kat orang yang sama ni..
marveles..!! owh ye..yang ni umie ngan babah yang in charge

Cendol Adam & Hawa, Sebabnya Walid dan Ibu yang in charge bahagian
cendol ni..4 kali kena bancuh sebab hari panas dan memangnye sodap...
sapa lagi nak puji..tunggu readers puji, xde pun..

ni pulak booth tok mama dan tok baba..tok baba in charge bahagian 
goreng menggoreng..banyak jugak yang di goreng, antaranya naget, pisang goreng
yang sangat laku, french fries, dan juga murtabak raja yang diimport dari kelantams..

tok baba in action

ni pulak steamboat aka yong tau fu..yang sepatutnya di in charge oleh Eteh dan makteh
tapinya eteh tu malas la tu..dia g pasar malam, dia hire je mamat yang jual kat pasar malam tu
untuk bukak booth kat open house ni..laku jugak..:)

setakat jam 4 petang

Ayam 20 ekor untuk nasi ayam, habis lincin!

Antara jemaah surau usai solat Zohor yang sampai awal..

walid apasal muka ketat..panas? makan la cendol tu dulu

Iman dengan mama, (Iman's nanny) yang sudi hadir

Iman dengan adik Alwani yang tembam kebabom

tok mama n tok baba in action again..:)

 Alhamdulillah, semuanya selesai jam 6 petang..ada jugak lagi sipi2 tetamu yang datang, cuma makanan x berapa nak ada dah..apa pun..terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir..insya Allah mudah2an semuanya menjadi barakah.. Tahun depan kami buat lagi..:)

 

Luv of Us Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting