Saturday, November 12, 2011

NICU

Conteng2 oleh Shariman... at 3:30 PM
Harini Sabtu bekerja..

Sebenarnya minggu lepas, since minggu raya haji, cuti panjang, so diinjakkan ke minggu neh..arini takde la rasa malas sangat, sebab semalam tersangat busy, keje pun x sempat siap untuk prepare training material Isnin ni..so arini tersangat produktif dengan sangat ikhlas.(serius ni ikhlas)..

Arini selesai jugak..sebab Isnin ni, Ibu dengan Walid cuti..yeahu....tapi..takde la cuti kemana pun..nak g appointment pediatric Iman kat Hospital Serdang..

Kalau cakap pasal Hospital Serdang, teringat balik kenangan melahirkan Iman kat sini..campur tolak lepas deliver, Iman masuk NICU, dalam sebulan kat sini..Lepas bersalin, Ibu x dapat nak terus tidurkan dan susukan Iman..sorang2 di wad (dengan Ibu2 yang lain)..Iman kena tahan di NICU sebab infection pada paru2..hanya Allah yang tahu macamana perasaan Ibu masa tu..sedih..sebab x dapat pegang Iman kat wad...

Actually Walid kata keadaan Iman teruk jugak..cuma Walid xnak Ibu sedih..dia kata Iman ok..doktor cuma nak cek dan monitor je..(dah balik rumah baru dia bagitau)

9 hari Iman di NICU..hari pertama, memang sangat x sanggup Ibu nak sentuh Iman, sebab wayar penuh satu badan..Ya Allah..sayunya hati seorang Ibu melihat anaknya diperlakukan begitu..huhuhuh...x sanggup nak bercakap, x sanggup nak berkata2 dengan Iman..sebab bila nak bercakap je, Ibu yang laju ngalir airmata dulu..tapi Alhamdulillah..orang2 disekeliling Ibu banyak membantu dari segi emosi dan sokongan mental.. Bukan sahaja keluarga, BFF2, rakan2 dan juga kawan2 opis yang setiap hari SMS, call bertanyakan khabar anak Ibu yang sorang neh..selain bercakap bagi sokongan pada Iman, Ibu dan Walid x henti2 baca ayat2 lazim untuk Iman dengar..Ibu dan Walid pegang tangan Iman, sambil kami berzikir sama2 (sepertimana Walid lakukan masa temankan Ibu dalam labour room)..sekejap2 air mata mengalir..haih..hati timun betul..

Hari ke 4..x sanggup nak amik gambar 1 badan yang penuh wayar

Hari Ke 5 di NICU..lebih kurang 3 wayar dah cabut dan juga
bantuan oksigen x besar sangat

Hari Ke 6, tanpa oksigen..:)

Hari ke 7, dah tinggal 1 wayar untuk antibiotik saje dah..
dipindahkan ke bilik isolation

Hari ke 8, dah keluar dari bilik isolation..semakin sihat, semakin tembam
dan semakin comel..:)

Hari ke 9, Iman dah boleh balik lepas maghrib..sampai rumah tokku merasmikan
belah mulut dengan air zamzam, kurma, garam, dan asam..:)

Alhamdulillah..Iman dah boleh balik lepas hari ke 9..syukur kepada Allah..tengok je lah skang macamana budak pebok ni..


sangat aktif, sangat cerdik, sangat bijak..di kala ni Iman dah 1 tahun 3 bulan...dah pandai...
  • berjalan, 
  • mintak apa yang dia nak makan, 
  • sebut NAK, DIDAK (cicak), DADAK (kakak), MAKK... TET (cat), DOG..
  • tarik tangan ibu tunjuk pintu (nak g jalan) siap amik sliper dia..
  • bukak pintu kereta (sangat bahaya kalau x kunci)
  • main pusing2 badan dia sampai pening
  • urut kepala sendiri
  • tau bezakan sikit2 untuk patut geleng dan angguk
  • tunjuk anggota badan seperti gigi, mata (dia buat mata pejam2)...kaki..:)
  • salam cium tangan
  • flying kiss, cium pp orang bila disuruh..
  • kenakan orang, suap makanan kat orang bila mintak makanan dia..
  • mintak adik...(belum lagi) 
syukur alhamdulillah..seronok tengok perkembangan Iman depan mata..:)..semoga membesar dengan sihat, ceria dan cemerlang ye sayang...:D



0 kata kata hikmat:

 

Luv of Us Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting