Wednesday, December 21, 2011

Tips menghilangkan Blacklist PTPTN

Conteng2 oleh Shariman... at 2:49 PM
Bunyi tajuk macam gempak je kan..memang la wey..cite ni siap kuar surat kabo lagi kan..masih jugak degil..nak kena tarik telinga ni..

Nak macam ni ke...


nak macam ni..


tarik sendiri telinga sebab degil yang amat nak membayo utang sendiri..heh..

So tips2 tu bukan secara illegal..tetapi legal ye..macam PATI dah hah..Itu bukan cite orang lain..cite diri Ibu sendiri lah..buat apa cite hal orang..sedangkan diri sendiri pun x betul lagi..so kita betulkan diri kita dulu..kan..itulah yang sebaiknye..

Alkisahnya, company Ibu ada anjurkan company trip ke Hong Kong bulan September 2011..free tambang pegi balik, hotel dan juga tiket masuk ke tempat2 yang ada dalam itinerary..Semuanya worth dalam RM4k..huuhhu..Tapi dalam hati, camana ni..nak pegi..tapi BLACKLIST PTPTN..uwaaa...

nangis japp...

Utang dengan PTPTN ni RM48 ribu...apa? x banyak? boleh beli kete myvi sebijik weh..tu belum campur interest lagi..hatoii nye punnn...jadi Ibu pun confirmkan aje untuk pegi dan decide nak setelkan dengan PTPTN..yelah, sampai bile kan..memula memang la..siap cakap...


tapi, bila memikirkan orang lain, boleh hargai diri sendiri pegi...


Hong Kong Disneyland..

Ostolia..Main ngan kangaroo..(walaupun takk)

bergambar fefeeling in love depan Eiffel Tower di Parit..eh Paris..

Pergi bergambo semata depan minah ijau ni..

nyanyi lagu london bridge is falling down betul2 di London Bridge..

Sapa x makan hati weh..tu semua kan nikmat Allah..kenapa kita x dapat? tu balasan dunia sebab kita butakan mata kita untuk hutang kita sendiri..hamek kau..

So ni tips2 untuk nak setelkan PTPTN Bleklist dan supaya hidup kita x ketakutan lagi...lagipun ada jugak lagi kawan2 Ibu yang masih bleklist PTPTN..


Urusan Whitelist PTPTN
  1.  Isi borang permohonan penyata baki dr laman web ptptn atau di http://eform.ptptn.gov.my:8080/borang-digital/sahbaki-wakil.cfm, print dan fax ke 03 – 3093 4623 (U:P Unit Lejar Pinjaman). Penyata baki akan diproses dalam masa 21 hari bekerja.
  2. Sementara itu, buat surat rayuan kepada Unit Senarai Hitam, dengan menyatakan ingin membuat bayaran tunggakan menggunakan Akaun II KWSP, Jumlah bulanan yang mampu dan cara bayaran bulanan. Sertakan sekali penyata gaji 2 bulan, penyata KWSP terkini ke 2096 1072 (Unit Senarai Hitam). 
  3. Selepas 7 hari bekerja, call semula, dan pegawai bertanggungjawab akan memberitahu tindakan selanjutnya berapa nilai tunggakan dan jumlah yang sepatutnya perlu dibayar beserta borang2 yang akan diminta diisi.    
  4. Selepas penyata baki dihantar ke rumah,isikan borang pengeluaran pendidikan dari laman web KWSP (borang 9H)
·         hantarkan ke KWSP beserta penyata baki PTPTN yang original,
·         Salinan ic
·         Salinan Perjanjian PTPTN
·         Transkrip

KWSP akan berurusan dengan pegawai PTPTN. Pemegang Akaun KWSP akan diberi surat pemberitahuan yang akan dihantar oleh KWSP memberitahu wang telah pun dicreditkan dari akaun kita.
     5.  Biasanya kalau lepas bayar tunggakan, PTPTN akan release nama kita, kecuali amaun yang        dicreditkan tidak mencukupi seperti yang diminta. Jadi, kita kena buat semula surat rasmi sepertimana perkara  2 diatas, untuk memohon rayuan amaun yang dikreditkan oleh KWSP tu dipertimbangkan untuk diterima dan memohon release nama dari dihitamkan..Paham x?? x paham, sila tanye..

     6.  Lepas tu kena isikan surat Akuan yang akan diberikan dari PTPTN supaya menyatakan kita akan membayar bayaran bulanan sebanyak mana dan dengan cara bagaimana..(standing instruction diperlukan dan hanya Maybank yang ada standing instruction untuk PTPTN)

    7.  Dah siap hantar surat Akuan tu, dalam masa 2 ari biasanya dah release..yeay...jadi jangan lupa membayar setiap bulan walopun kita sakit hati melihat amaun tu hanya ditolak untuk caj perkhidmatan lebih banyak dari amaun pinjaman.

Info:

Sesiapa yang dah blacklist tak berhak untuk:


dan terima lah padah dimana selama 3 tahun interestnye menjadi:



tapi, kita boleh buat rayuan pengurangan caj perkhidmatan ni..haiii...Ibu pun belum buat lagi..nanti kalau dah buat, Ibu bagitau semula k..selamat menjalani hidup sihat melancong kesana kemari dengan bangganye..






0 kata kata hikmat:

 

Luv of Us Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting