Friday, September 21, 2012

reunion sekolah Walid

Conteng2 oleh Shariman... at 11:33 AM
entry raya belum publish lagi..banyak betul gambo..malas betul nak pilih..huhuh..tapi ni salah satu entry raya jugak...

Jumaat cuti hari merdeka, Ibu, Walid dan Iman ikut Tok dan Tokku balik rumah Tokki Teh kat jengka since kitorang belum pun lagi beraya kat sana..Tokki Teh adik kepada Tok Iman..faham? x faham diam lah..

kebetulan, hari Sabtu, 1 September 2012, Atuk ajak pegi kenduri sepupu Atuk yang juga kawan sekerja Tok dulu..kalau belah Atuk, menggelarkan dia Mak We Yah..tapi Ibu kenal dengan Cik Nurulniah..kenduri di Kampung Lipat Kajang, Kerdau, Pahang..Balik dari kenduri tu terus rush balik ke Tersang, Raub..kena terkejar2 sebabnya malam tu Walid ada reunion sekolah menengah dia pulak..tema pakaian hari raya..kami pun bersiap dan bergerak ke dewan Sekolah Menengah Tersang selepas maghrib..

Walid register

Budak Ceyman ngan Walid



Sekeluarga bersama uncle Zuraimi dan Aunty Shaliza

Iman memang suka berkawan...


Juadah yang disediakan

Ada sate, mi sup, soto, kuih2..

Iman dengan Haris yang mengecek kete Iman x dapat2..


Bergambar beramai2 sesudah majlis

Percikan bunyi apa..kelasss ko..

Seronok jugak sekali sekala dapat join event macam ni..walaupun bukan reunion sekolah Ibu, tapi terasa keseronokan dan beronok2 Walid dapat jumpa schoolmates dia..at least Ibu boleh kenal kawan2 Walid..Masa majlis ni, ada sessi perkenalkan diri, keluarga dan pekerjaan..sebab dah berapa tahun x berjumpa kan..ada sesi pertunjukan multimedia yang kreatif jugak..

Teringat masa Ibu jadi penganjur untuk reunion SPM99 SMK Dato' Bahaman dulu di Quality Hotel..Boleh dikatakan berjaya, sebab lebih 40 org yang hadir..alhamdulillah..sekarang kalau nak buat lagi, maybe macam dah susah sebab masing2 dah ada kerjaya dan anak2..Insya Allah, kalau ada rezeki dan kelapangan mungkin boleh aje nak buat lagi..



0 kata kata hikmat:

 

Luv of Us Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting